Tony Johor Kaki Travels for Food · Heritage · Culture · History

Food Explorer Storyteller with 63 million+ reads 📧 johorkaki@gmail.com

5 Tips Untuk Mengenalpasti Buah Durian Musang King Rajah Kunyit atau Mao Shan Wang

Buah-Durian-Musang-King-Rajah-Kunyit- Mao-Shan-Wang

Seorang pembaca Johor Kaki yang tidak ingin dikenali mencadangkan saya menulis sebuah artikel untuk membandingkan durian “Rajah Kunyit / Mao Shan Wang” dan jenis durian lain, supaya menyenangkan orang lain mengenalpasti jenis “Musang King”.

☺Nah, mari saya terangkan selanjutnya!

“Mao Shan Wang” mempunyai 5 ciri-ciri luaran yang membezakannya dari durian lain.

Dalam gambar2 selanjutnya, durian “Mao Shan Wang” adalah di sebelah kiri dan durian lain di sebelah kanan.

Tips-Untuk-Mengenalpasti-Buah-Durian-Musang-King-Rajah-Kunyit-Mao-Shan-Wang

Durian “Mao Shan Wang” mempunyai duri-duri yang berbentuk pyramid, yang bersegi (angular) dan ada tepian yang rata.

Tips-Untuk-Mengenalpasti-Buah-Durian-Musang-King-Rajah-Kunyit-Mao-Shan-Wang

Durian “Mao Shan Wang” biasanya berbentuk bujur, seperti bola ragbi (ia juga kadangkala berbentuk seperti buah pinggang). Durian di sebelah kanan berasal dari Thailand / Siam. Ia mempunyai duri-duri berbentuk pyramid sama seperti durian “Mao Shan Wang” tetapi selalunya berbentuk bulat seperti bola bowling.



Ada penjual kurang jujur yang menjual durian Thailand sebagai “Mao Shan Wang” apabila “Musang King” susah didapati akibat waktu luar musim, di awal musim dan akhir musim apabila permintaan memuncak tetapi bekalan rendah.

Tips-Untuk-Mengenalpasti-Buah-Durian-Musang-King-Rajah-Kunyit-Mao-Shan-Wang

Jika anda perhatikan batang induk durian “Mao Shan Wang”, ia berwarna coklat dan agak botak.



Tips-Untuk-Mengenalpasti-Buah-Durian-Musang-King-Rajah-Kunyit-Mao-Shan-Wang

Durian “Mao Shan Wang” juga mempunyai ciri unik iaitu ada lima garisan dari pangkal buah ke bahagian tepi buah, ala “starfish”.



Tips-Untuk-Mengenalpasti-Buah-Durian-Musang-King-Rajah-Kunyit-Mao-Shan-Wang

Pangkal “Mao Shan Wang” juga botak dan leper (seiras bentuk “starfish” yang leper).

Tips-Untuk-Mengenalpasti-Buah-Durian-Musang-King-Rajah-Kunyit-Mao-Shan-Wang

Nah, itu dia tip-tip senang untuk memastikan anda dapat mengenalpasti durian “Mao Shan Wang” yang sebenar. Kelima-lima ciri-ciri harus ada dalam sebuah durian. Jenis durian lain mungkin ada satu atau dua ciri yang disebut, tetapi tidak ada semua sekaligus.

Tips-Untuk-Mengenalpasti-Buah-Durian-Musang-King-Rajah-Kunyit-Mao-Shan-Wang

Jika anda memilih durian “Mao Shan Wang” yang bagus, isinya akan berwarna kuning diraja (kerana itu durian ini juga dinamakan Rajah Kunyit!). Harumannya manis dan tidak terlalu kuat. Isinya berasa enak dan berkrim. Ia berperisa manis disertai sedikit kepahitan – keseluruhannya kombinasi yang keseimbangan dan tentunya sedap. Bijinya juga kecil, leper dan mempunyai permukaan yang “waxy”.  Isinya senang ditanggalkan.

Tips-Untuk-Mengenalpasti-Musang-King-Rajah-Kunyit-Mao-Shan-Wang

Malangnya, kemahiran mengenalpasti “Mao Shan Wang” yang tulen tidak semestinya menjamin durian yang baik. (Ia hanyalah separuh daripada perjuangan membeli durian yang bagus.)

Memang ada “Mao Shan Wang” yang baik dan juga kurang baik.

Pembeli ada risiko membeli “Mao Shan Wang” yang kurang baik, jika mereka membeli daripada penjual yang tidak jujur: 
  • Terlalu mahal 
  • Menipu dalam keberatan buah 
  • Menjual buah yang sudah lapuk 
  • Menukar buah tanpa disedari 
  • Menjual secara agresif untuk menakutkan pelanggan supaya membeli durian yang tidak baik

.
Jadi, jika anda mengenali penjual durian yang jujur (sebahagian besar adalah jujur), terus kembali untuk mendapatkan durian anda daripadanya.



☺Sila kongsikan nama dan alamat penjual jujur di segmen “comments” untuk manfaat pembaca lain.

☺Mengucapkan selamat memakan durian!



(Acknowledgement: This article is translated by my friend Mohamad Iki who works in the social enterprise sector. In his work, he comes across many interesting and heartfelt human stories beside the business. He hopes that more people would explore entrepreneurship as a way towards social change. Iki also enjoys photography and reading. And of course, makan too!)

Kembali ke laman utama Johor Kaki.

13 comments:

  1. masyaAllah, menarik. adoi.. susah betul bila malam-malam dah dok google durian ni. huhuhu
    saya suka yang tak terlalu tebal, tak terlalu nipis. dan licin ulas-ulasnya.. adoi.. terbayang kepahitannya

    ReplyDelete
  2. Kedai durian.kat bukit ayon, bayan baru, penang jalan dr airport menghala ke jlnntengah bayan baru...kualiti duriannya.mmg terbaik.bos nama encik darus....dah 5 tahun beli.durian di situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi nama kedai..nk cari. lama xmkn durian

      Delete
  3. Boleh share x mana2 lokasi penjual durian yg jujur tu dgn kualiti buah yg baik dskitar klang/S.alam...? Tq

    ReplyDelete
  4. Terima kasih tipsnya.... takut nak beli. Mahal kot

    ReplyDelete
  5. Baru jea ni hah oang datang rumah ke rumah jual durian. Katanya dari Tangkak, tapi kulit rupa doyan tembaga rupa doyan siam... selamat tak tertipu... alhamduliLlah. Terima kasih kat dak Rina tu jugak. Dia cakap tu doyan siam. Tq admin tq translator.

    ReplyDelete
  6. Baru ja beli durian dr kwn...katanya musang king...kita plak xkenal pun musang king ke, d24 ke...asal durian je...5 biji semuanya,3 dah kopek...1 mmg warna kuning diraja & sedap. Lagi 2 warna kuning cair & rasa pahit2 mcm durian biasa...lg 2 biji tgk isi cmna nti

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

All comments submitted with genuine identities are published